About Me

My photo
nama diberi Norhidayah binti Harun. Dilahirkan pada 20 Jun 1990 di Kota Tinggi, Johor. Permulaan sekolah di Tabika Kemas diikuti Sekolah Kebangsaan Bandar Easter dari darjah 1 sehingga 6. Kemudian dimasukkan ke sekolah berasrama di Sekolah Menengah Agama Kluang. Tamat tingkatan 5, saya mengambil Sijil Tinggi Agama Malaysia di Maahad Johor. Kini berada di Universiti Pendidikan Sultan Idris untuk meneruskan kehidupan di dalam program Pendidikan Bimbingan dan Kaunseling Ijazah Pertama dengan Kepujian.

Monday 19 September 2011

....meluah dengan cara MENULIS...

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

           Entry saya kali ini ingin mengongsikan perkara berkaitan "meluah dengan menulis". Bagi pendapat anda, adakah ianya akan berkesan? Bukankah dengan menulis sahaja hal yang dipendam masih lagi tidak terkeluar daripada pemikiran? Teringat kata-kata seorang sahabat semasa program Minggu Suai Kenal Pelajar Baharu Ambilan September 2011 " kita kalau mempunyai apa-apa masalah, kongsikan bersama kawan rapat yang boleh dipercayai dan yang kita percayai. Jangan pendam seorang diri." Pendapat anda? Betulkah ianya memberikan kesan yang positif apabila menceritakan masalah yang dihadapi kepada kawan.?
            Bagi saya cara bagaimana untuk kita menyelesaikan masalah adalah merupakan hak peribadi individu. Asalkan kita tidak melakukan sesuatu yang mendatangkan keburukan dan kemurkaan Allah s.w.t sudah memadai. Saya rasa terpanggil untuk mengongsikan cara saya meluahkan perasaan atau masalah kepada anda semua. Semenjak daripada Sekolah Menengah lagi, saya mempunyai diari untuk meluahkan masalah yang terpendam. Bagi saya, masalah tidak akan selesai selagi mana saya simpan dan bukukan di dalam hati.Jadi saya lebih suka memilih untuk meluahkan masalah yang dihadapi dengan menulisnya di dalam buku atau kertas.

Thursday 15 September 2011

:::Permasalahan KAUNSELOR sekolah:::

Sebagai seorang kaunselor, kita haruslah bijak dalam menangani apa jua masalah yang dihadapi. Bukan bermakna seorang kaunselor itu tidak akan bermasalah. Kaunselor juga merupakan makhluk Tuhan yang diuji dengan dugaan. Akan tetapi, sebagai seorang kaunselor, kita tidak boleh melatah dengan mudah yang menyebabkan diri sendiri terperosok dalam masalah yang dihadapi.

Menurut Suradi, 1992, antara permasalahan yang sering dihadapi oleh kaunselor sekolah ialah:

  • Tidak mempunyai masa yang cukup.
  • Tidak mempunyai bahan yang mencukupi.
  • Kurang mahir dalam mengendalikan kursus.
  • Kreativiti yang kurang.
  • Permasalahan dokumentasi.
  • Kurang yakin dengan diri sendiri.
  • Sukar mendapat klien.
  • Sukar mengendalikan disiplin.
  • Tidak mendapat sokongan daripada guru.
  • Bekerja sendirian dan tidak ada rakan kongsi.
  • Kurang efektif.




Jadi, untuk menjadi kaunselor yang cemerlang, kita perlulah bijak dalam mengatur jadual hidup sama ada dari segi pergaulan, rutin harian, kebijaksanaan, kekreatifan dan sebagainya agar dapat memberikan kebaikan kepada semua insan yang memerlukan pertolongan. =)
                                                     

Monday 12 September 2011

Pengurusan dan Konsultasi Kaunseling Sekolah

Jam menunjukkan angka 10.15 pagi. Kelas sudah bermula, dan ini bermakna saya telah lewat tiba ke kelas. Kuliah dikendalikan oleh Encik Aziz Yatim, Pensyarah Kaunseling. Kuliah pertama ini telah menjadikan saya sebagai seorang mahasiswa kembali setelah empat bulan bercuti dengan menerima pelbagai tugasan yang perlu diselesaikan dalam masa yang diberikan. Terdapat empat tugasan yang perlu diselesaikan dalam subjek ini iaitu :