Entry saya kali ini ingin mengongsikan perkara berkaitan "meluah dengan menulis". Bagi pendapat anda, adakah ianya akan berkesan? Bukankah dengan menulis sahaja hal yang dipendam masih lagi tidak terkeluar daripada pemikiran? Teringat kata-kata seorang sahabat semasa program Minggu Suai Kenal Pelajar Baharu Ambilan September 2011 " kita kalau mempunyai apa-apa masalah, kongsikan bersama kawan rapat yang boleh dipercayai dan yang kita percayai. Jangan pendam seorang diri." Pendapat anda? Betulkah ianya memberikan kesan yang positif apabila menceritakan masalah yang dihadapi kepada kawan.?
Bagi saya cara bagaimana untuk kita menyelesaikan masalah adalah merupakan hak peribadi individu. Asalkan kita tidak melakukan sesuatu yang mendatangkan keburukan dan kemurkaan Allah s.w.t sudah memadai. Saya rasa terpanggil untuk mengongsikan cara saya meluahkan perasaan atau masalah kepada anda semua. Semenjak daripada Sekolah Menengah lagi, saya mempunyai diari untuk meluahkan masalah yang terpendam. Bagi saya, masalah tidak akan selesai selagi mana saya simpan dan bukukan di dalam hati.Jadi saya lebih suka memilih untuk meluahkan masalah yang dihadapi dengan menulisnya di dalam buku atau kertas.