About Me

My photo
nama diberi Norhidayah binti Harun. Dilahirkan pada 20 Jun 1990 di Kota Tinggi, Johor. Permulaan sekolah di Tabika Kemas diikuti Sekolah Kebangsaan Bandar Easter dari darjah 1 sehingga 6. Kemudian dimasukkan ke sekolah berasrama di Sekolah Menengah Agama Kluang. Tamat tingkatan 5, saya mengambil Sijil Tinggi Agama Malaysia di Maahad Johor. Kini berada di Universiti Pendidikan Sultan Idris untuk meneruskan kehidupan di dalam program Pendidikan Bimbingan dan Kaunseling Ijazah Pertama dengan Kepujian.

Monday 19 September 2011

....meluah dengan cara MENULIS...

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

           Entry saya kali ini ingin mengongsikan perkara berkaitan "meluah dengan menulis". Bagi pendapat anda, adakah ianya akan berkesan? Bukankah dengan menulis sahaja hal yang dipendam masih lagi tidak terkeluar daripada pemikiran? Teringat kata-kata seorang sahabat semasa program Minggu Suai Kenal Pelajar Baharu Ambilan September 2011 " kita kalau mempunyai apa-apa masalah, kongsikan bersama kawan rapat yang boleh dipercayai dan yang kita percayai. Jangan pendam seorang diri." Pendapat anda? Betulkah ianya memberikan kesan yang positif apabila menceritakan masalah yang dihadapi kepada kawan.?
            Bagi saya cara bagaimana untuk kita menyelesaikan masalah adalah merupakan hak peribadi individu. Asalkan kita tidak melakukan sesuatu yang mendatangkan keburukan dan kemurkaan Allah s.w.t sudah memadai. Saya rasa terpanggil untuk mengongsikan cara saya meluahkan perasaan atau masalah kepada anda semua. Semenjak daripada Sekolah Menengah lagi, saya mempunyai diari untuk meluahkan masalah yang terpendam. Bagi saya, masalah tidak akan selesai selagi mana saya simpan dan bukukan di dalam hati.Jadi saya lebih suka memilih untuk meluahkan masalah yang dihadapi dengan menulisnya di dalam buku atau kertas.

              Yang dinamakan manusia itu, imannya ada pasang dan surutnya. Teringat pada kisah Nabi Hanzalah, beliau merasa sangat sedih tatkala teringatkan yang dirinya seperti terlupa tentang kesan khutbah nabi yang membuatkan hatinya menjadi lembut dan teringat kepada Allah. Sedihnya beliau kerana sejenak selepas mendengar khutbah, dia kembali bersenang dan bersuka ria dengan anak-anak dan keluarga. Bila ditanya kepada Rasulullah, adakah itu tanda munafik? Rasulullah menyatakan bahawa itu bukanlah munafik, tetapi begitulah keadaan iman manusia. Ada pasang surutnya.

Beruntunglah sekalian manusia kerana Allah itu Maha Pengampun,
"..Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan dan menganiaya dirinya, kemudian ia mohon ampun kepada Allah, niscaya ia mendapati Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang..."
                                                                                                                            Al Quran (4:110)
Janji Allah sentiasa benar.. Ya Allah, Lindungilah kami dan bantulah kami ya Allah......

No comments:

Post a Comment